Biler dah makan brunch, petang ni tersa lapar pulak,nasi goreng ader baki lagi & goreng udang jeh lah.
Udang Goreng Kicap Pedas
Bahan-bahan
-150 gram udang
-2 sudu makan kicap pekat
-1 sudu makan chilli flakes (tengok kat dapur tadi ader yang dapat free dari domino's pizza,bolehlah)
-sedikit tepung jagung ,serbuk kunyit , garam & tomato serta daun bawang.
Ini lah kicap pekat & chilli flakes.
Cara-cara
-gaulkan udang dengan kicap,chilli flakes ,serbuk kunyit ,garam & tepung jagung.
-simpan dalam peti sejuk dalam 15 minit.
-panaskan minyak,biler minyak betul-betul panas baru boleh masukkan udang.
-kacau rata & masukkan tomato serta daun bawang biarkan selama 2-3 minit kemudian tutup api.
Udang Goreng Kicap Pedas.
No comments:
Post a Comment