Thursday, 20 October 2011

Ayam Tiga Rasa.

Bahan-bahan:
-200 gram ayam yg dipotong kecil*
*3 biji bawang merah (saiz medium),3 ulas bawang putih & 2 cm halia –dikisar halus & diperah bersama ayam sebentar.
-3 sudu makan sos tiram
-4 sudu makan sos cili (saya guna jenama Lingham’s) *
-4 sudu makan sos tomato*
-2 sudu makan syrup nenas (diambil dr nenas dlm tin)*
* satukan semua bahan ni dlm satu bekas gaul rata.
- sedikit nenas dalam tin (pineapples with syrup-saya guna jenama Hosen)
-sedikit lobak merah,sebatang serai,sehelai daun pandan & sehelai daun limau purut
-sebiji limau kasturi
-sedikit air bacuhan tepung jagung (hanya 1 camca tepung jagung kacau dgn sedikit air pastikan larut & tidak b’ketul)
-Sedikit udang pepai kering @ udang kering yg telah dikisar halus
-80 ml air
Cara-cara:
-panaskan sedikit minyak (api medium) goreng ayam (sekejap ajer separa masak)-angkat ketepikan.
-serai (diketuk),daun pandan (disimpul) & daun limau purut,digoreng dengan sedikit minyak hingga mengeluarkan bau-angkat ketepikan.
-panaskan minyak,masukkan sos tiram ,kacau biler sos tiram dah cair (sos tiram kan pekat selalunya bila tumis dia jadi cair),masukkan sos (yg telah digaul tadi*sos cili,tomato & syrup nenas) & kacau.
-masukkan air,kacau (api medium ya),masukkan ayam, masukkan serai,daun pandan & limau purut tadi,perahkan sedikit limau kasturi & letak udang pepai kering ,biarkan sebentar.
-bila mendidih & masukkan nenas & carrot,kacau ,letak air bacuhan tepung jagung ,kacau, bila dah pekat boleh tutup api.

No comments:

Post a Comment