Bahan-bahan:
-200 gram diperap dengan tepung jagung
-2 sudu makan sos tiram
-3 sudu makan kicap pekat
-2 ulas bawang putih & sedikit halia yg dihiris halus
-4 batang cili kering
-sedikit carrot,jagung manis & badam hiris (badam ini mesti sudah digoreng tanpa minyak )
-80 ml air
-sedikit cuka & gula
-sedikit air bacuhan tepung jagung
Cara-cara:
-panaskan minyak,goreng ayam (separa masak)-angkat ketepikan
-dengan api medium,panaskan minyak,masukkan bawang putih & halia ,bila dah naik bau masukkan sos tiram ,kacau,masukkan kicap pekat & air kacau,masukkan lada kering & ayam,reneh sekejap (nanti keluar minyak dari lada kering)
-bila dah mendidih titiskan sedikit cuka & sedikit gula serta sayur & badam hiris.kacau.letak air bacuhan tepung jagung ,bila sudah pekat boleh tutup api-klu suka hiriskan daun bawang letak dia atas hidangan ini.
No comments:
Post a Comment