Thursday 20 October 2011

Donut Mini

Hari ini anak -anak saya nak makan donut.Anak yang sulung (3 tahun cakap) "Mama .abang nak makan bonut (donut) macam kat tesco tu".Untuk anak-anak mama,mama try buat ya,

Resepi Donut Mini
Bahan-bahan:
-1 cawan tepung gandum
-1/4 gula pasir
-3 sudu makan butter
-1/4 fresh milk (saya panaskan sebentar,jgn lamer sgt kemudian saya bancuh dgn 2 camca yis)
-sebiji kuning telur



Cara-cara:
-satukan butter,tepung,gula & kuning telur (seperti dalam gambar)
-saya putar menggunkan mixer sehingga sebati
-kemudian tambah susu yang telah dibancuh dengan yis tadi
-saya gaul pakai tangan agar doh sebati
 -gaul sehingga doh tidak melekat
-tutup dengan kain selama 15 minit
-selepas tu boleh dibuat bentuk (seperti gambar dibawah)




-setelah selesai,boleh goreng tapi jangan gunakan api yg terlalu kuat (nanti donut masak di luar tetapi tidak di dalam)


-setelah donut sejuk bolah masukkan dedalam bekas bertutup rapat masukkan gula halus dan goncangkan denagn cara ini gula kan meliputi kesemua bahagian donut.
-untuk donut bersadur coklat,potong coklat cooking & letak sedit minyak masak panaskan menggunkan kaedah "double boiler" & boleh sira coklat tadi di atas donut.
Donut Mini untuk anak-anak.


Kimi makan donut sampai habis.Alhamdulilah.


Pael punyer donut belum habis lagi & Pael cuba habiskan donut nak ikut macam Kimi.


Brunch hari ini,nasi goreng oriental ,ayam goreng rempah & donut mini.



-

No comments:

Post a Comment