Friday 11 October 2013

Lemon Cake With White Chocolate Cheddar Topping

Sekarang ni sibuk-sibuk dengan kek keju leleh , anak saya Rafael memang pengemar keju jadi ini untuk anak mama ya kalau 2 tahun dulu dikenali sebagai Snow Cheese Cake untuk kali ni mama buat versi 'Lemon Cake With White Chocolate Cheddar Topping cewah panjang nyer nama . Bahan-bahan:- -220 gram butter -200 gram gula caster -220 gram tepung gandum -1/2 cawan fresh milk -2 sudu makan air perahan lemon
-4 biji telur -sedikit serbuk penaik ,essen vanilla & pewarna kuning Cara-cara:- -ayakkan tepung dan serbuk penaik kemudia ketepikan
-pukul butter bersama gula sehingga butter seakan berwarna putih -masukkan telur pukul sehingga sebati
-bancuh pewarna , air perahan lemon dengan fresh milk -masukkan kedalam adunan tadi bersama tepung -pukul sehingga semua ramuan sebati -bakar pada suhu 170 darjah selama 45 minit.
Kek Lemon setelah siap dibakar.
Setelah sejuk boleh lah dipotong. Tidak digalakkan memotong kek sejurus keluar oven ya nanti kek akan berderai.
Sebelum terlupa ni resepi untuk topping. Bahan-Bahan:-250 gram cream cheese,1 cawam whipping cream & 1/4 cawan krimer pekat manis. Cara-cara:-campurkan semua bahan diatas pukul dengan kelajuan serdehana sehingga gebu. Sapukan topping diantara kek taburkan sedikit coklat putih yang telah di parut halus & tutup kek.Sapukan topping disekeliling kek & taburkan keju cheddar yang juga telah di parut halus.

Thursday 10 October 2013

Jus Lemon Madu Nenas

Bahan-Bahan:'- -1 tin jus nenas -2 sudu makan air perahan lemon -1 camca madu -1/2 cawan ais kiub Cara-cara:- Satukan semua bahan dalam pengisar & kisar sehingga sebati serta kelihaan berbiuh.Tuang ke dalam cawan sedia untuk diminum.

Rainbow Cake

Sudah agak lama tak membuat kek rainbow ni tetapi demi permintaan anank-anak saya buat kebetulan ada lebih cheese frosting lebih dari buat tempahan Red Velvet pelanggan lagipun saya suka kek ni tekstur seakan lembut dan tidak terlalu kering .Anak kedua saya siang-siang dah cakap "adik nak 2 color jeh warna thomas & friends dengan warna rambut minion pergi beach" jadi mama faham lah ya nak warna biru dan warna unggu.Untuk semua mari kita cuba resepi ini Rainbow Cake Bahan-bahan:- -3 cawan tepung superfine -setengah camca serbuk penaik -sedikit garam -1 cawan butter -2 cawan gula kaster -5 biji putih telur -1 & 1/2 cawan fresh milk -sedikit serbuk essen vanila -pewarna unggu & biru. Cara-cara:- -Ayakkan ke semua bahan-bahan kering (tepung,serbuk penaik & garam) & ketepikan -pukul gula & butter sehingga berwarna putih kemudian masukkan putih telur pukul sehingga adunan ringan -tambahkan serbuk essen vanila tambahkan adunan tepung & fresh milk bergilir-gilir -bahagia kan adunan kepada 2 bahagian -titiskan pewarna & kacau -bakar pada suhu 160 minit selama 20 minit. Ini lah rupa kek rainbow anak-anak tak berapa suka kalau kek letak topping yang agak tebal.Cheese frosting ini pun lebih dari order untuk customer dari tersimpan atau buang lebih baik bagi anak-anak makan,betul kan ? he3x.Ada sikit lebih adunan kek (memang selalu saya tinggal untuk anak sulung saya Kimi) Kimi letak warna pink & mari sama-sama kita lihat gelagat permata pintar saya.

Wednesday 9 October 2013

Smoothie Coklat Oreo

Smoothie Coklat Oreo Bahan _bahan:- -3 keping biskut oreo (dipotong 4) -1/3 cawan serbuk coklat -1/4 krimer pekat -1 cawan ais kiub -1 cawan air kosong Cara-cara:- -campurkan semua bahan dalam pengisar & sehingga oreo hancur serta bahan lain sebati.

Hot Coconut Shakes Caramel

Hot Coconut Shakes Caramel
Salam Satu Malaysia kepada kawan-kawan semua dah enam bulan saya tidak kemas kini blog Dapur Molek.Syukur masih ada yang sudi menghantar email bertanyar khabar kepada saya alhamdulilah saya sihat setelah berehat agak lama kerana hamil & melahirkan anak ketiga.Waktu hendak pergi makan tadi nampak peniaga jual coconut shake tetapi saya bimbang nak beli sebab anak-anak selsema takut lambat sembuh pulak.Timbul pulak idea hasilkan resepi ni-Hot Coconut Shakes Caramel.
Bahan-bahan;- -1/4 serbuk santan kelapa -1/3 whipping cream -5 gram krimer -1 camca madu -1 & 1/2 cawan air suam -1 sudu makan caramel sauce
Cara-cara:- Bancuh serbuk santan kelapa,krimer bersama air suam hingga larut.Satukan bacuhan dengan whipping cream & madu masukkan ke dalam pengisar.Kisar sehingga nampak berbuih lebih kurang dalam 2 minit.Tuang dalam cawan & piping caramel sauce diatas.Sedia diminum.