Friday 25 November 2011

Ayam Yogurt Pedas

Bahan-bahan
-200 gram ayam (dipotong halus)
-2 sudu makan cili kisar
-1 sudu makan kicap manis
-1 sudu makan serbuk ketumbar
-2 sudu makan yogurt
-sebji kentang (dhiris nipis)
-sedikit lada hijau,bawang merah,halia & caroot (dihiris nipis)
-sedikit air ,garam & minyak masak
Cara-cara
-panaskan minyak,masukkan bawang merah & halia
-biler dah naik bau masukkan cili kisar
-biler cili kisar kelihatan kering masukkan air serta kicap + garam & kacau
-masukkan kentang & serbuk ketumbar
-kacau rata kesemu bahan
-masukkan ayam (dengan api medium) biarkan 3 minit
-masukkan lada hijau serta carrot dan kacau
-masukkan yogurt ,kacau & biarkan 3 minit kemudian tutup api.

Syrup Cream Brulee

Teringin pulak nak makan cream brulee tapi nak buat yang asli rasernyer susah sikit sebab kat rumah tak der torch tapi buatlah juga sebab nak makan.
Bahan-Bahan
-1 cawan whipping cream
-1 cawan fresh milk
-4 biji kuning telur
-3 sudu makan gula
-sedikit serbuk vanilla
-1 sudu makan syrup rose
Cara-cara
-satukan fresh milk & whipping cream
-panaskan dengan api medium
-biler dah buih-buih kecik dikeliling periuk masukkan syrup rose
-kacau perlahan & biler pekat tutup api
-putar telur ,gula sehingga kembang masukkan serbuk vanilla
-putar telur hingga berbuih (penting mesti pukul sehingga ringgan serta berbuih kalau tak brulee tak jadi)
-campurkan adunan telur denagn fresh milk tadi & kacau perlahan
-masukkan ke dalam acu ramekin & bakar dengan suhu 150 selama 20 minit

Wednesday 23 November 2011

Kuih Bakar Pandan & Kastard Rock Melon


Kuih Bakar Pandan & Kastard Rock Melon (seblm potong kuih bakar snap gambo dulu-he3x)

Nota:kuih bakar pandan tu -saya letak brown sugar diatas (mengantikan bijan)

-Kuih Bakar Pandan-
Bahan-bahan
-1 cawan tepung gandum
-1 cawan gula pasir
-1 cawan air kisar daun pandan
-1 cawan santan pekat
-1 cawan fresh milk
-3 biji telur
-sedikit sugar brown @ bijan
Cara-cara

Kastard Rock Melon
Bahan A
-150 ml fresh milk
-1 sudu makan tepung kastard
-2 camca gelatin (yg dimasak m'gunakan kaedah double boiler
cara-cara
-didihkan fresh milk (api medium) kacau + tepung kastard kacau supaya tidak berketul + gelatin + kacau ,biler dah seperti mendidih tutup api sejukkan sebentar & masukkan ke dlm bekas (simpan dlm peti sejuk)
Bahan B
-2 slice rock melon
-sedikit gula
cara-cara
-potong kan rock melon & kisar
-didihkan bersama sedikit air + gula (sehingga menjadi seperti puree)
-keluarkan kastard (yg disimpan dlm peti sejuk)-letakkan puree td diatas kastard & simpan sejuk.
nota:yg periuk ader senduk kayu tu rock melon puree & next kastard.
-kisar kesemua bahan diatas (seperti dlm gambar) kecuali sugar brown @ bijan
-tuang ke dlm bekas yg telah disapu butter + taburkan brown sugar @ bijan diatas & bakar pd 180 selama 45 -50 minit.

Puding Chokastard

Puding Chokastard
Bahan-bahan A
-setengah packet agar-agar
-1 cawan & 1/2 cawan susu cair
-1 cawan & 1/3 cawan fresh milk (perisa asli)
-2 sudu makan susu pekat
-1 camca butter
-1 sudu makan gula pasir (klu nak manis blh tambah lg)
-1 sudu makan serbuk koko
-2 sudu makan tepung kastard + sedikit tepung jagug yg dibancuh dgn 4 sudu makan air (pastikan tidak berketul ya-seperti dlm gambar)
Cara-cara
-masak agar2 dgn 2 cawan air + biler dah larut (nampak mcm jernih) + gula + kacau + butter + serbuk koko + susu cair & fresh milk + kacau (api medium kena kacau selalu-takut berketul) + masukkan tepung kastard & kacau + biler dah keluar buih kecik-kecik (nampak mcm m'didih) & tutup api-biler dah sejuk sikit & tapiskan adunan ke dlm bekas terus simpan dlm peti sejuk dalam 15 minit .

Bahan -bahan B
-1 cawan & 1/3 fresh milk
-1/2 susu cair
-2 sudu makan susu pekat
-2 sudu makan tepung kastard & sedikit tepung jagung (yg dibancuh dgn 4 sudu makan air-pastikan tidak berketul )
-sedikt essen vanilla
(nota-saya x campur gula sbb ni dah manis tp klu ader yg nak campur pun boleh jg)
Cara-cara
-campurkan semua bahan-bahan & didihkan dlm periuk (api medium-selalu kacau utk elak dari berketul) biler dah nampak pekat & tutup api-sejukkan sebentar & tuang ke atas Bahan A tadi-taburkan sedikit coklat rice-simpan dlm peti sejuk.

Cucur Oats

Cucur oats
bahan-bahan:
-setgh cwn tepung gandum,100ml fresh milk,sebiji telur,1 camca serbuk penaik,setgh cawan oats & sedikit daun bawang & carrot (yg telah dipotong halus)
cara-cara:
-satukan semua bahan hingga sebati kemudian masukkan sayur (pastikan fresh milk tidak terlalu byk ,takut adunan jd lembik)
-goreng seperti biasa (mcm buat cucur) dgn minyak sederhana.

Sambal Goreng Bersantan,Ayam Kurma & Acar Timun Masak

Lunch -Oct 10 11
1.Ayam Kurma
Bahan-bahan :
-3-4 ketul ayam
-bunga cengkih,buah pelaga,jintan manis & jintan putih-SEMUA DIGORENG TANPA MINYAK-DIKISAR HALUS-KETEPIKAN.
-6 tangkail cili kering + 1 biji bawang merah (medium) + 4 ulas bawang putih + 2 cm halia -DIKISAR HALUS KETEPIKAN
-1 cawan santan
-1 paket rempah kurma (dibancuh dgn sedikit air panas-seperti pess)
-1 batang kulit kayu manis , cili hijau & tomato
-2 biji kentang
-sedikit minyak , garam & air
Cara-cara
-panaskan minyak ,masukkan bahan (lada & bawang yg dikisar tadi) + biler dah naik bau masukkan ( bahan2 seperti bunga cengkih yg dikisar tadi) + kacau
-masukkan pess (rempah kurma) ,tumis sekejap + masukkan sedikit air + kacau .
-masukkan kuli kayu manis + ayam + kentang & biarkan ayam masak (ayam kali ni medium jd cepat empuk dlm 5 minit)
-masukkan santan & sedikit garam biler nampak mcm dah berbuih masukkan tomato & cili hijau-selepas 2-3 minit boleh tutup api.

2.Sambal Goreng Bersantan
Sambal Goreng Bersantan
Bahan-bahan
-150 gram isi ayam
-10 tangkai cili kering + 2 cm halia + 1 cm kunyit + sedikit udang kering + 3 ulas bawang putih & 1 biji bawang besar (medium saiz)-SEMUA DIKISAR
-4 keping tempe (dipotong perap sedikit dgn sos tiram ,garam & serbuk kunyit-digoreng -ketepikan)
-4 keping tahu dipotong (di goreng-ketepikan)
-2 biji kentang (medium)-dipotong & digoreng-ketepikan.
-soo hoon & tahu kering -100 gram
-1/3 cawan santan pekat
-2 sudu makan air asam jawa
-sebiji telur
-sedikit minyak + garam + gula.
Cara-cara :
-panaskan minyak-masukkan bahan yg dikisar tadi kacau hingga nak bau + masukkan isi ayam + kacau + letakkan sedikir air + soo hoon & tahu kering (biar sekejap soo hoon & tahu kering akan jd lembik) air asam jawa + kacau + santan + kacau + letak sedikit gula & garam
-masukkan tempe + kentang + tahu + tambah sedikit air + kacau sebati + telur + biarkan dlm 2 minit & tutup api.

3.Acar Timun Masak
Acar Timun Masak
Bahan-bahan "
-sebiji timun & carrot -dipotong halus -direndam dalam air garam (seperti gambar di atas)
-6 tangkai cili kering + 2 biji bawang putih + 1 biji bawang merah (small size) + 1 cim halia & kunyit + sedikit udang kering-SEMUA KISAR
HALUS
-sedikit minyak + garam + gula + daun bawang + sebiji limau kasturi.
-biji sawi + sedikit bawang putih & merah yg telah dipotong halus.
Cara-cara "
-panaskan minyak + masukkan bawang putih & merah +_ biler dah naik bau masukkan bahan yg telah dikisar tadi + tumis sebentar + masukkan biji sawi garam & gula , masukkan timun & lobak + kacau + perah limau kasturi + daun bawang kacau sebati & tutup api (jgn terlampu lamer nanti sayur over cook)

Apple Crumble

Apple Crumble sedap makan dgn ice cream buat maser 12 oct 2011 tapi hari ini baru ader maser upload.
Resepi classic gambo pun classic & ambik mode hitam putih.
-ni lah rupa nyer setelah -Apple Crumble -yang nak masuk oven
Apple Crumble
Bahan A
-2 biji epal hijau dipotong dadu
-1/3 tepung gandum
-1/4 gula kaster
-2 sudu makan butter
-1 sudu makan susu manis
-sedikit serbuk badam
SEMUA BAHAN DIGAUL BERSAMA SEPERTI BERPASIR@BEBIJIK
(seperti gambar diatas)
Bahan B
-3 sudu makan gula perang
-1 sudu makan serbuk kulit kayu manis
-sedikit serbuk badam
Cara-cara:
-leserkan bekas ramekin dengan butter & gula letak apple & sedikit butter
-taburkan sedikit gula perang & serbuk kayu manis.
-letak bahan A
-taburkan diatas (dari Bahan B) sedikit gula perang , serbuk badam & serbuk kayu manis.
-bakar selama 30-35 minit dgn suhu 170 darjah.
Nota-sesapa yg x suka caramel -x pyh lah tabur gula perang kat atas ya & adunan ni dpt 4 biji ramekin.

Tuesday 22 November 2011

Ayam Lada Hitam

Bahan-bahan
-250 gram ayam (diperap dengan tepung jagung-ketepikan)
-2 sudu makan sos tiram
-1/2 cawan air
-2 keping fish cake (digoreng terlebih dahulu-ketepikan)
-2 sudu makan lada hitam (kasar)
-sedikit carrot
-satu biji bawang merah (small size) & 2 ulas bawang putih-dihiris halus
-sedikit minyak
Cara-cara
-gorengkan ayam separa masak dahulu-ketepikan
-panaskan minyak
-masukkan bawang biler dah naik bau masukkan sos tiram
-masukkan air -kacau (pastikan sos tiram larut dlm air & tidak berketul)
-masukkan ayam (dengan api medium) biarkan sebentar
-biler air tinggal sedikit masukkan fish cake & carrot
-kacau masukkan lada hitam & kacau.
-biler air dah kering tutup api.

Wednesday 16 November 2011

Makaroni Goreng Oriental & Ayam Goreng Jintan

Bahan-bahan :
-2 cawan makaroni (direbus dahulu & ditoskan-ketepikan)
-1 biji bawang merah ,3 ulas bawang putih 2 biji lada merah & 1 sudu makan udang kering (diblender )
-2 sudu makan sos tiram
-1 sudu makan kicap manis
-1 sudu makan sos tomato
-sedikit serbuk pati ayam
-sedikit carrot dihiris halus
-2 keping fish cake (dihiris halus)
-sedikit garam
-sedikit air
-sedikit minyak untuk m’goreng
Cara-cara:
-panaskan minyak
-masukkan bahan yang diblender tadi kacau
-biler dah naik bau masukkan air,serbuk pati ayam,sos tiram,sos tomato,kicap
-kacau rata masukkan sedikit garam & fish cake
-masukkan makaroni & kacau rata
-masukkan carrot kacau rata & biarkan 3 minit kemudian tutup api.


Ayam Goreng Jintan
Bahan-Bahan
-3 ketul ayam
-1 sudu makan sos tiram
-1 sudu makan serbuk ketumbar
-1 sudu makan jintan putih
-setengah camca serbuk kunyit
Cara-cara:
-Gaulkan ayam dengan semua bahan di atas & perapkan dalam peti sejuk selama 15 minit
-Panaskan minyak & goreng hingga masak.

Alhamdulilah dah siap pun roti telur untuk anak-anak.

Roti Goreng Ranggup Berisi Blueberry & Nutella

Belek-belek roti rupa-rupanya hari esok tarikh luput sayang nyer masih setengah bakinya.Rasernyer lebih baik saya goreng jeh.Terhasillah resepi seperti dibawah ni.
Bahan-bahan:
-5 keping roti (potong kulit nyer-ketepikan)
-1/2 cawan tepung gandum
-1/2 cawan air
-1 sudu makan fresh milk
-1 sudu makan butter
-sebiji kuning telur
-sedikit jem blue berry & nutella
-sedikit minyak untuk m’goreng
Cara-cara :
-sapukan setengah bahagian roti dengan bluberry & nutella (lipat 2 ya)
-gaulkan tepung gandum bersama butter (ramas pakai tangan sehingga seperti berpasir)
-masukkan kuning telur,air & fresh milk
-pukul sebati dengan m’gunakan whisk
-celupkan roti tadi ke dalam adunan & boleh digoreng.

Kek Butter Lapis

Minggu lepas semasa encik suami hendak menonton perlawanan bola sepak sukan sea Malaysia menentang Kemboja,beliau hendak makan kek terlintas pulak nak buat kek butter lapis ni,mudah serta ringkas.Macam tak percaya jeh lepas kek keluar dari oven,encik suami makan sebelah mmmhhh mungkin pengajarannyer kalau kita tak cuba sesuatu kita tidak tak tahu hasilnya macam pepatah lama “kalau tidak pecahkan ruyung mana kan dapat sagunya.”
Kek Butter Lapis
Bahan-bahan
-250 gram butter
-200 gram gula kaster
-225 gram tepung naik sendiri
-1/4 cawan fresh milk
-4 biji telur
-sedikit essen vanilla
-2 jenis pewarna (pink & hijau)
-sedikit coklat rice
Cara-cara
-pukul butter hingga ringgan masukkan gula pukul kembang
-masukkan telur + essen vanilla berselang –seli dengan tepung
-masukkan fresh milk & putar sehingga adunan sebati
-bahagikan adunan kepada 2 bahagian
-masukkan pewarna & kacau
-masukkan adunan yang pertama ke dalam oven bakar selama 20 minit dengan suhu 160
-keluarkan aduanan yang pertama (setelah dibakar 20 minit)
-letak adunan yang kedua (taburkan sedikit coklat rice diatas)dibahagian atas bakar selama 30 minit dengan suhu 170.

Tuesday 15 November 2011

Kerabu Kacang Botol

Bahan-bahan :
-3 sudu makan kacang goreng peas hijau (di hancurkan)


-100 gram ayam (direbus & ditoskan lebih dahulu)
-1 sudu makan lobak asin (dihiris halus)
-setengah biji limau kasturi
-sebiji tomato manis
Cara-cara:
-gaulkan kacang botol bersama serunding kelapa,ayam,lobak asin & kacang.
-gaul rata kesemua bahan tadi picit limau kasturi & gaul sebati.
-potong tomato sewaktu hendak makan kerabu kalau letak tomato sebelum dihidang kerabu akan berair & keranggupan kacang akan hilang.

Oreo Cheese Cake (unbaked)






Bahan-bahan
-1 paket biskut oreo (137 gram)
-1 cawan cream cheese
1/2 cawan whipping cream
-3 sudu makan butter (unsalted)
-1/2 cawan gula halus
-1/4 fresh milk
-1 biji kuning telur
-2 sudu makan gelatin
-4 sudu makan air
-setengah biji lemon
Cara-cara
-patah-patahkan biskut oreo 8 keping (nak banyak biskut boleh juga)sampai halus (biskut jeh krim kelurakan & ketepikan)
-gaul biskut pakai tangan lagi bagus (yang telah dihancurkan tadi) dengan 2 sudu makan butter
-masukkan ke dalam bekas & tekan padat simpan dalam peti sejuk _ni base kek ya.
-pukul whipping cream sehinngga gebu & ketepikan
-dengan m’gunakan kaedah double boiler,panaskan fresh milk biler dah keluar buih masukkan kuning telur
-kena kacau perlahan & penting jangan bagi susu & kuning telur berketul (2 minit dah cukup)-ketepikan
-patah 4,6 keping biskut oreo –ketepikan
- pukul cream cheese,gula & 1 sudu mkan butter hingga gebu
-dengan m’gunakan double boiler,masukkan air & gelatin& picitkan lemon (ke dalam cecair gelatin) kacau -biler cecair dah jernih serta tidak berketul angkat –ketepikan
-ambil whipping cream campurkan ke dalam adunan cream cheese -parutkan sedikit kulit lemon masukkan
-campurkan adunan tadi (whipping cream & cream cheese) bersama adunan kuning telur ,biskut oreo (yang patah 4 tadi) & adunan gelatin
-gaul rata semua adunan & masukkan ke dalam bekas (base kek yang terdahulu tadi)
-patahkan lebihan biskut oreo letak diatas kek
-simpan dalam peti sejuk selama 4-5 jam.
Nota :kek ni lagi cantik kalau m’guna kan loyang yang boleh dibuka dibahagia bawah tapi saya m’gunakan adunan yang sedikit jadi hanya gunakan bekas 16 cm x 16 cm & potong kek dengan m'gunakan pisau yang telah direndam dengan air suam.