Wednesday 16 November 2011

Kek Butter Lapis

Minggu lepas semasa encik suami hendak menonton perlawanan bola sepak sukan sea Malaysia menentang Kemboja,beliau hendak makan kek terlintas pulak nak buat kek butter lapis ni,mudah serta ringkas.Macam tak percaya jeh lepas kek keluar dari oven,encik suami makan sebelah mmmhhh mungkin pengajarannyer kalau kita tak cuba sesuatu kita tidak tak tahu hasilnya macam pepatah lama “kalau tidak pecahkan ruyung mana kan dapat sagunya.”
Kek Butter Lapis
Bahan-bahan
-250 gram butter
-200 gram gula kaster
-225 gram tepung naik sendiri
-1/4 cawan fresh milk
-4 biji telur
-sedikit essen vanilla
-2 jenis pewarna (pink & hijau)
-sedikit coklat rice
Cara-cara
-pukul butter hingga ringgan masukkan gula pukul kembang
-masukkan telur + essen vanilla berselang –seli dengan tepung
-masukkan fresh milk & putar sehingga adunan sebati
-bahagikan adunan kepada 2 bahagian
-masukkan pewarna & kacau
-masukkan adunan yang pertama ke dalam oven bakar selama 20 minit dengan suhu 160
-keluarkan aduanan yang pertama (setelah dibakar 20 minit)
-letak adunan yang kedua (taburkan sedikit coklat rice diatas)dibahagian atas bakar selama 30 minit dengan suhu 170.

No comments:

Post a Comment