Friday 13 January 2012

Coklat RM1.00 sahaja


Tercari-cari -buah tangan untuk sebarang majlis,Dapur Molek ader menyediakan Pakej Ekonomi berharga RM 1.00.Satu kotak mengandungi satu psc dark coklat (70 % solid coco) & satu psc pop cake (pop cake cheese coklat dark )
Para pelanggan boleh memilih nak tema warna apa (tiada cas dikenakan)

Thursday 12 January 2012

Kupang Goreng Rempah


Kupang Goreng Rempah

Bahan-bahan :
-200 gram kupang diperap dengan:- (selama 1 jam simpan dlm peti sejuk)
-2 sudu makan sos tiram
-1 suhu makan rempah kari
-sedikit garam + serbuk kunyit
-1 cm halia yang dimayang halus
Bahan-bahan lain:
-sedikit minyak untuk m'goreng
-sebiji bawang merah,bawan putih yg dimayang halus (small size) + lada hijau
Cara-Cara:
-panaskan minyak
-masukkan bawang & biler naik bau masukkan kupang yg telah diperap tadi
-goreng selepas 3 minit masukkan lada hijau & goreng hingga masak.

Chocolipop-RM2-RM1.50

Chocolipop-RM2-RM1.50

Kuih Dal (Magaylek) & Cendol


Dah lamer raser nyer tak tambah resepi kat blog ni.Lepas musim kahwin tiba pulak musim naik sekolah jadi rutin harian bertambah.Mohan maaf kepada teman-teman yang selalu jenguk ke blog ni tanpa sebarang updates terbaru & terima kasih banyak kepada teman-teman yang selalu menyokong saya.Malam ni saya buat kuih dal atau ramai yang panggil kuih magaylek.Sedap makan panas-panas kebetulan hari ini saya buat cendol juga.

Resepi Kuih Dal
Bahan-bahan:
-2 cawan kacang dal yg direndam dalam air selama 3 jam
-2 sudu makan udang kering yang telah diblender halus
-sedikit garam & lada sulah
-5 tangaki lada kering (dipotong halus) & 4 helai daun kari digunting halus
-2 batang cili hijau
-minyak untuk mengoreng
Cara-cara :
-kisar halus hanya 1 cawan kacang dal
-setelah tu dicampurkan dengan satu cawan lagi kacang dal
-gaul sebati dgn udang kering,daun kari,garam,lada sulah & lada kering
-bentukkan bulat
-panaskan minyak & goreng hingga masak
-sedap di makan ketika panas bersama hirisan lada hijau.

Cendol
Bahan-bahan:
-1 bungkus cendol
-sebiji kelapa (yang telah diperah dari sebiji kelapa)
-setengah cawan air gula melaka
-3 sudu makan kacang tanah
Cara-cara:
-campurkan semua bahan diatas simpan dalam peti sejuk
-keluarkan bila mahu dihidangkan & sedap nikmati sejuk.

Thursday 5 January 2012

Promosi Coklat Dari 1 Dec 2011 sehingga 31 Jan 2012


Promosi DM
Satu kotak coklat sebanyak 35 keping-customer boleh tulis & request warna berserta 10 kotak pakej ekonomi.



Pakej Ekonomi
Satu kotak mengandungi satu dark coklat karamel filling & satu pop cake hanya RM1.00 sebungkus.