Thursday 12 January 2012

Kuih Dal (Magaylek) & Cendol


Dah lamer raser nyer tak tambah resepi kat blog ni.Lepas musim kahwin tiba pulak musim naik sekolah jadi rutin harian bertambah.Mohan maaf kepada teman-teman yang selalu jenguk ke blog ni tanpa sebarang updates terbaru & terima kasih banyak kepada teman-teman yang selalu menyokong saya.Malam ni saya buat kuih dal atau ramai yang panggil kuih magaylek.Sedap makan panas-panas kebetulan hari ini saya buat cendol juga.

Resepi Kuih Dal
Bahan-bahan:
-2 cawan kacang dal yg direndam dalam air selama 3 jam
-2 sudu makan udang kering yang telah diblender halus
-sedikit garam & lada sulah
-5 tangaki lada kering (dipotong halus) & 4 helai daun kari digunting halus
-2 batang cili hijau
-minyak untuk mengoreng
Cara-cara :
-kisar halus hanya 1 cawan kacang dal
-setelah tu dicampurkan dengan satu cawan lagi kacang dal
-gaul sebati dgn udang kering,daun kari,garam,lada sulah & lada kering
-bentukkan bulat
-panaskan minyak & goreng hingga masak
-sedap di makan ketika panas bersama hirisan lada hijau.

Cendol
Bahan-bahan:
-1 bungkus cendol
-sebiji kelapa (yang telah diperah dari sebiji kelapa)
-setengah cawan air gula melaka
-3 sudu makan kacang tanah
Cara-cara:
-campurkan semua bahan diatas simpan dalam peti sejuk
-keluarkan bila mahu dihidangkan & sedap nikmati sejuk.

No comments:

Post a Comment