Thursday 27 September 2012

Kek Lapis Cadbury

(Maaf tak sempat snap masa awal tadi & ni dah potong kuib untuk anak-anak makan) Rasa tekak macam nak makan kek lapis tapi bila double check ader baki coklat cadbury maka terhasil kek lapis cadbury .Resepi yang mudah untuk dikongsi. Kek Lapis Cadbury Bahan-bahan -450 gram butter (suhu bilik) -8 biji telur -180 tepung gandum (di ayak & ketepikan) -1/4 cawan susu pekat -90 gram gula halus -1/3 kaya -140 gram horlicks -60 gram serbuk santan -24 keping coklat cadbury -2 titik pewarna kuning -setengah camca serbuk vanilla
Cara-cara -putar butter sehingga lembut -masukkan gula -putar sehingga berkrim (pekat) -masukkan telur sebiji demi sebiji putar -masukkan kaya,susu,tepung,serbuk vanilla -putar dengan kelajuan serdehana -pastikakn adunan sebati serta tidak berketul-ketul -tambahkan pewarna & putar sehingga kelihatan kuning -panaskan oven 10 minit dengan suhu 170 darjah -masukkan adunan dalm piping bag -leserkan loyang (saya guna loyang 15 cm X 15 cm) -paipkan ke dalam loyang -bakar selama 7 minit (api atas & bawah) -kemudian keluarkan -paipkan lagi (di bahagian atas tadi) -guna api atas sahaja (semasa proses melapis) selama 7 minit -ulangi proses tadi sebanyak 3 kali -kali yang ketiga selepas keluar dari oven -susunkan coklat cadbury sebanyak 8 keping -paipkan lagi & bakar -ulangi proses berkenann sehingga selesai melapis. (guna piping bag lagi selamat sebab kita tidak akan terlanggar loyang yang sedang panas)

No comments:

Post a Comment