Thursday 27 September 2012

Udang & Kentang Aneka Goreng

Masakan ini senang dimasak bagi anak-anak semua & saya dapat idea semasa berbual dengan seorang teman yang sibuk buat persiapan untuk anaknya masuk ke universiti. Udang & Kentang Aneka Goreng Resepi -200 gram udang -2 biji kentang (dihiris & digoreng terlebih dahulu & ketepikan) -sebungkus son hoon kecil -1 keping tahu kering (di gunting ) -1 sudu makan udang pepai -2 sudu makan sos tiram -1 sudu makan kicap manis -sebiji lada hijau (dipotong halus) -sebiji bawang merah (size s juga dipotong halus) -sedikit garam,minyak & air Cara-cara -panaskan minyak & masukkan bawang merah -bila dah naik bau -masukan air tambah soo hoon & tahu kering -bila tahu kering & dan soon hoon kelihatan seperti dah layu -masuk udang & masukkan sos tiram & kacau -biarkan 3 minit & tambah garam & kicap masukkan udang pepai,kentang & lada hijau kacau sebati & bila dah naik bau tutup api.

No comments:

Post a Comment