Monday 23 April 2012

Kelas Cup Cake Permata

As salam -kelas membuat cup cake oleh Dapur Molek untuk kanak-kanak 9 tahun keatas-akan dibuat pada tarikh 19 Mei 2012. "-Bayaran akan dikenakan sebanyak _RM 45.00 termasuk makan & sijil-Pelajar akan diajar dengan 2 resepi cup cake & 2 topping & pelajar-pelajar akan membawa pulang semua cup cake yang telah dibuat. "Ke arah membentuk generasi pintar & setiap anak adalah permata negara." Tempat terhad hanya unuk 4 pax sahaja
Imbas kembali kelas coklat tangan pada 18 Mac 2012

PROMOSI HARI GURU,IBU & KAHWIN.

promosi untuk hari guru & hari ibu-7 psc chocolipop-HANYA RM 10 PROMOSI-67 PSC HANYA RM 100 (SESUAI UNTUK SEBARANG MAJLIS -IMAGE GAMBAR BUNGA ADER WORDING "TERIMA KASIH" (SELALU NYER UNTUK MAJLIS TUNANG & KAHWIN ETC)

Monday 2 April 2012

Promosi Mac hingga April 2012

RM30-promosi -sepanjang bulan Mac & April 2012 ( 1 kotak dark coklat (27 psc) dgn caramel filling atau coklat ganache & 6 psc Chocolipop)-

Sambal hati tempe goreng pedas b'rempah.



Dah lama tak updates blog .Terima kasih kepada mereka yang selalu bertanya khabar & gembira dengar khabar sahabat yang mencuba resepi mudah yang telah saya paparkan terima kasih banyak.Hari ini berkesempatan masak brunch ,saya selalu makan bersama encik suami sebelum beliau keluar bekerja.Hari ini saya masak rendang ayam,Sambal hati tempe goreng pedas b'rempah disamping telur dadar & ikan masin kembung.Berikut resepinyer mudah & cepat.

Sambal hati tempe goreng pedas b'rempah.


Bahan-bahan:
-4 keping tempe (yang dipotong diperap dengan serbuk kunyit & garam)
-250 gram hati & pedal ayam (direbus dengan hirisan halia & jintan putih-untuk m'hilang bau hanyir setelah itu diperap dengan serbuk kunyit & garam )
-4 sudu makan cili kisar
-2 sudu makan sos tiram
-1 sudu makan rempah kari ikan
-1 sudu serbuk ketumbar
-1 sudu makan kicap manis
-1 sudu camac kecil serbuk lada sulah
-100 gram tahu kering
-100 gram soo hoon
-4 batang kacang panjang (dipotong medium)
-sedikit garam,minyak masak & air

-goreng tempe dahulu & ketepikan
-panaskan minyak
-tumiskan lada kisar biler seakan dah berbuih masuk sos tiram & kicap
-kacau masukkan sedikit garam (kalau suka boleh masukkan gula tapi saya telah gantikan dengan kicap manis)
-masukkan rempah kari ikan & serbuk ketumbar gaul rata
-biler kelihatan kering tambah dan sedikit air
-masukkan tahu kering & soo hoon kacau
-masukkan tempe & hati serta pedal kacau rata
-tambah kan lada sulah
-kalau kering tambah sedikit air
-masukkan kacang panjang & biarkan 3 minit
-tutup api.