Wednesday 9 October 2013

Hot Coconut Shakes Caramel

Hot Coconut Shakes Caramel
Salam Satu Malaysia kepada kawan-kawan semua dah enam bulan saya tidak kemas kini blog Dapur Molek.Syukur masih ada yang sudi menghantar email bertanyar khabar kepada saya alhamdulilah saya sihat setelah berehat agak lama kerana hamil & melahirkan anak ketiga.Waktu hendak pergi makan tadi nampak peniaga jual coconut shake tetapi saya bimbang nak beli sebab anak-anak selsema takut lambat sembuh pulak.Timbul pulak idea hasilkan resepi ni-Hot Coconut Shakes Caramel.
Bahan-bahan;- -1/4 serbuk santan kelapa -1/3 whipping cream -5 gram krimer -1 camca madu -1 & 1/2 cawan air suam -1 sudu makan caramel sauce
Cara-cara:- Bancuh serbuk santan kelapa,krimer bersama air suam hingga larut.Satukan bacuhan dengan whipping cream & madu masukkan ke dalam pengisar.Kisar sehingga nampak berbuih lebih kurang dalam 2 minit.Tuang dalam cawan & piping caramel sauce diatas.Sedia diminum.

No comments:

Post a Comment