Friday, 13 January 2012

Coklat RM1.00 sahaja


Tercari-cari -buah tangan untuk sebarang majlis,Dapur Molek ader menyediakan Pakej Ekonomi berharga RM 1.00.Satu kotak mengandungi satu psc dark coklat (70 % solid coco) & satu psc pop cake (pop cake cheese coklat dark )
Para pelanggan boleh memilih nak tema warna apa (tiada cas dikenakan)

Thursday, 12 January 2012

Kupang Goreng Rempah


Kupang Goreng Rempah

Bahan-bahan :
-200 gram kupang diperap dengan:- (selama 1 jam simpan dlm peti sejuk)
-2 sudu makan sos tiram
-1 suhu makan rempah kari
-sedikit garam + serbuk kunyit
-1 cm halia yang dimayang halus
Bahan-bahan lain:
-sedikit minyak untuk m'goreng
-sebiji bawang merah,bawan putih yg dimayang halus (small size) + lada hijau
Cara-Cara:
-panaskan minyak
-masukkan bawang & biler naik bau masukkan kupang yg telah diperap tadi
-goreng selepas 3 minit masukkan lada hijau & goreng hingga masak.

Chocolipop-RM2-RM1.50

Chocolipop-RM2-RM1.50

Kuih Dal (Magaylek) & Cendol


Dah lamer raser nyer tak tambah resepi kat blog ni.Lepas musim kahwin tiba pulak musim naik sekolah jadi rutin harian bertambah.Mohan maaf kepada teman-teman yang selalu jenguk ke blog ni tanpa sebarang updates terbaru & terima kasih banyak kepada teman-teman yang selalu menyokong saya.Malam ni saya buat kuih dal atau ramai yang panggil kuih magaylek.Sedap makan panas-panas kebetulan hari ini saya buat cendol juga.

Resepi Kuih Dal
Bahan-bahan:
-2 cawan kacang dal yg direndam dalam air selama 3 jam
-2 sudu makan udang kering yang telah diblender halus
-sedikit garam & lada sulah
-5 tangaki lada kering (dipotong halus) & 4 helai daun kari digunting halus
-2 batang cili hijau
-minyak untuk mengoreng
Cara-cara :
-kisar halus hanya 1 cawan kacang dal
-setelah tu dicampurkan dengan satu cawan lagi kacang dal
-gaul sebati dgn udang kering,daun kari,garam,lada sulah & lada kering
-bentukkan bulat
-panaskan minyak & goreng hingga masak
-sedap di makan ketika panas bersama hirisan lada hijau.

Cendol
Bahan-bahan:
-1 bungkus cendol
-sebiji kelapa (yang telah diperah dari sebiji kelapa)
-setengah cawan air gula melaka
-3 sudu makan kacang tanah
Cara-cara:
-campurkan semua bahan diatas simpan dalam peti sejuk
-keluarkan bila mahu dihidangkan & sedap nikmati sejuk.

Thursday, 5 January 2012

Promosi Coklat Dari 1 Dec 2011 sehingga 31 Jan 2012


Promosi DM
Satu kotak coklat sebanyak 35 keping-customer boleh tulis & request warna berserta 10 kotak pakej ekonomi.



Pakej Ekonomi
Satu kotak mengandungi satu dark coklat karamel filling & satu pop cake hanya RM1.00 sebungkus.

Friday, 25 November 2011

Ayam Yogurt Pedas

Bahan-bahan
-200 gram ayam (dipotong halus)
-2 sudu makan cili kisar
-1 sudu makan kicap manis
-1 sudu makan serbuk ketumbar
-2 sudu makan yogurt
-sebji kentang (dhiris nipis)
-sedikit lada hijau,bawang merah,halia & caroot (dihiris nipis)
-sedikit air ,garam & minyak masak
Cara-cara
-panaskan minyak,masukkan bawang merah & halia
-biler dah naik bau masukkan cili kisar
-biler cili kisar kelihatan kering masukkan air serta kicap + garam & kacau
-masukkan kentang & serbuk ketumbar
-kacau rata kesemu bahan
-masukkan ayam (dengan api medium) biarkan 3 minit
-masukkan lada hijau serta carrot dan kacau
-masukkan yogurt ,kacau & biarkan 3 minit kemudian tutup api.

Syrup Cream Brulee

Teringin pulak nak makan cream brulee tapi nak buat yang asli rasernyer susah sikit sebab kat rumah tak der torch tapi buatlah juga sebab nak makan.
Bahan-Bahan
-1 cawan whipping cream
-1 cawan fresh milk
-4 biji kuning telur
-3 sudu makan gula
-sedikit serbuk vanilla
-1 sudu makan syrup rose
Cara-cara
-satukan fresh milk & whipping cream
-panaskan dengan api medium
-biler dah buih-buih kecik dikeliling periuk masukkan syrup rose
-kacau perlahan & biler pekat tutup api
-putar telur ,gula sehingga kembang masukkan serbuk vanilla
-putar telur hingga berbuih (penting mesti pukul sehingga ringgan serta berbuih kalau tak brulee tak jadi)
-campurkan adunan telur denagn fresh milk tadi & kacau perlahan
-masukkan ke dalam acu ramekin & bakar dengan suhu 150 selama 20 minit