Monday, 25 March 2013

Smoothie Buah Naga.

Smoothie Buah Naga Ketika ini cuaca tidak menentu sekejap panas terik kemudian bertukar menjadi hujan.Mungkin resepi ini dapat menceriakan mood anda siapa tahu mungkin dalam kepanasan.Selamat mencuba resepi yang mudah ini. Smoothie Buah Naga. Bahan-bahan:- -250 ml susu rendah lemak -50 ml krimer pekat manis -5 kiub ketulan ais -1 biji buah naga (dragon fruit)dipotong halus -sedikit coklat rice (untuk hiasan) Cara-cara:- Campurkan kesemua bahan diatas kecuali coklat rice dan kisar sehingga ais menjadi seperti berpasir.Tuangkan ke dalam bekas taburkan coklat rice diatas kalau ada wafer stick boleh diletak juga sedia diminum.

Sirap Bandung Cincau

Sirap Bandung Cincau Salam satu Malaysia kepada semua sahabat.Sudah terlalu lamanya saya tidak kemaskini blog.Terima kasih diatas tulus ingatan kawan-kawan yang sudi bertanya khabar.Saya agak sibuk dengan tempahan orang kahwin dari October 2012 sehingga sambutan tahun baru Cina.Bermula minggu ni saya berhenti mengambil tempahan kerana ingin memberi laluan kepada persiapan PRU 13.Insyallah saya cuba untuk mengemaskini resepi jika ada waktu terluang. Cuaca amat panas waktu ni mungkin boleh mencuba resepi ini untuk menghilangkan sedikit haus tekak.Selamat Mencuba. Sirap Bandung Cincau Bahan-bahan :- -200 ml susu segar -60 ml susu krimer manis -40 ml air sejuk (dari peti sejuk) -1 sudu makan sirap -50 garam cincau (yang dipotong halus) Cara-cara:- Campurkan kesemua bahan diatas (kecuali cincau)ke dalam pengisar dan kisar sebentar.Boleh juga menggunakan shaker atau bancuh seperti proses membuat air.Tuangkan ke dalam bekas dan letakkan cincau.Sedia dihidang & kalau nak masukkan ke dalam peti sejuk pun boleh.

Saturday, 6 October 2012

Acar Kedondong

Acar Kedondong Muda
Bahan-bahan ; -150 gram buah kedondong muda muda (dipotong serdehana)
-3 sudu makan cili kisar -setengah camca serbuk kulit kayu manis & serbuk kari -2 sudu makan air putih -1 sudu makan minyak masak -Sedikit garam & gula Cara-cara: -panaskan minyak -masukkan cili kisar & kacau hingga naik bau -masukkan air (pastikan tidak terlalu kering & lembap) -masukkan serbuk kulit kayu manis & kari -gaulkan rata & pastikan serbuk tidak berketul -masukkan gula ,garam & kedondong & gaul -biarkan reneh 3 minit & tutup api

Smoothie yogurt berry

Smoothie yogurt berry Bahan-bahan: -1 biji pisang (dipotong serdehana) -1/2 cawan yogurt berries -100 ml susu perisa strawberry -sedikit coklat parut Cara-cara : -masukkan kesemua bahan dalam blender (kecuali coklat parut) -kisar lumat & tuang ke dalam gelas -letakkan parutan coklat diatas & siap dihidang.

Smoothie Pisang

Smoothie Pisang
Bahan-bahan: -2 biji pisang (dipotong serdehana) -255 ml susu segar perisa coklat -50 ml air putih -2 titik madu Cara-cara : -masukkan kesemua bahan dalam blender -kisar lumat & tuang ke dalam gelas -siap dihidang.

Wednesday, 3 October 2012

Apple Kasturi Asam Merah & Grill Sandwich Serunding

Apple Kasturi Asam Merah & Grill Sandwich Serunding
Tadi masa kemas-kemas dapur ader terjumpe baki appale sebiji ,sedikit serunding (baki dari buat roti floss) serta cheese cheddar (baki buat snow cheese cake) sayang kalau dibiarkan & fikir punyer fikir dapat idea untuk buat resepi seperti di bawah. Apple Kasturi Asam Merah
Bahan-bahan: -sebiji epal hijau -1 & ½ cawan air (air masak) -sebelah limau kasturi (diperah ambik air perahan nyer) -sebiji asam merah (asam kecut) Cara-cara: -potong halus apple (buang biji & bahagian tengah yang keras) -blender bersama air,asam & perahan air limau kasturi (kalau nak pakai juice maker pun boleh tapi kalau pakai juice maker hampas dia lagi kasar) -tapis kan & tuang ke dalam gelas & siap diminum.
Grill Sandwich Serunding Bahan-bahan: -2 kepinng roti yang disapu butter -sedikit serunding ayam -sedikit parutan cheese cheddar -sedikit hirisan timun
Cara-Cara; -ambik roti yang telah disapu buter tadi -letakkan serunding & cheese cheddar - lipatkan 2 & letak ke dalam sandwich maker & pilih mode grill
-kerat 2 bila dah masak & masukkan timun-siap dihidang. (tidak boleh grill b’sama timun nanti timun cair)

Stew Ayam

Stew Ayam
Stew Ayam Bahan-bahan: -6 ketul ayam (digaul dengan sedikit garam & serbuk lada hitam simpan dlam peti sejuk semalam 15 minit)
-1 biji kentang (dipotong & digoreng dahulu) -1 sudu makan butter 1 sudu minyak masak -1 biji tomato (dipotong empat) -2 & ½ sudu makan sos tomato -1 biji bawang merah (dimayang halus) -1 & ½ sudu makan kicap manis -setengah camca serbuk jintan manis -setengah camca serbuk ketumbar -2 keping cendawan -sedikit air Cara-cara -goreng ayam separa masak & angkat (ketepikan) -panaskan butter -masukkan ayam & minyak masak -kacau sebati -masukkan bawang & biler dah naik bau -masukkan sedikit air & serbuk jintan manis serta serbuk ketumbar -kacau rata & masukkan sos tomato & kicap -kacau rata (pastikan serbuk tadi x berketul & air tidak terlalu kering) -masukkan kentang , cendawan & tomato -biarkan 3 minit & kemudian tutup api