Monday, 25 March 2013

Smoothie Buah Naga.

Smoothie Buah Naga Ketika ini cuaca tidak menentu sekejap panas terik kemudian bertukar menjadi hujan.Mungkin resepi ini dapat menceriakan mood anda siapa tahu mungkin dalam kepanasan.Selamat mencuba resepi yang mudah ini. Smoothie Buah Naga. Bahan-bahan:- -250 ml susu rendah lemak -50 ml krimer pekat manis -5 kiub ketulan ais -1 biji buah naga (dragon fruit)dipotong halus -sedikit coklat rice (untuk hiasan) Cara-cara:- Campurkan kesemua bahan diatas kecuali coklat rice dan kisar sehingga ais menjadi seperti berpasir.Tuangkan ke dalam bekas taburkan coklat rice diatas kalau ada wafer stick boleh diletak juga sedia diminum.

Sirap Bandung Cincau

Sirap Bandung Cincau Salam satu Malaysia kepada semua sahabat.Sudah terlalu lamanya saya tidak kemaskini blog.Terima kasih diatas tulus ingatan kawan-kawan yang sudi bertanya khabar.Saya agak sibuk dengan tempahan orang kahwin dari October 2012 sehingga sambutan tahun baru Cina.Bermula minggu ni saya berhenti mengambil tempahan kerana ingin memberi laluan kepada persiapan PRU 13.Insyallah saya cuba untuk mengemaskini resepi jika ada waktu terluang. Cuaca amat panas waktu ni mungkin boleh mencuba resepi ini untuk menghilangkan sedikit haus tekak.Selamat Mencuba. Sirap Bandung Cincau Bahan-bahan :- -200 ml susu segar -60 ml susu krimer manis -40 ml air sejuk (dari peti sejuk) -1 sudu makan sirap -50 garam cincau (yang dipotong halus) Cara-cara:- Campurkan kesemua bahan diatas (kecuali cincau)ke dalam pengisar dan kisar sebentar.Boleh juga menggunakan shaker atau bancuh seperti proses membuat air.Tuangkan ke dalam bekas dan letakkan cincau.Sedia dihidang & kalau nak masukkan ke dalam peti sejuk pun boleh.