Saturday, 6 October 2012

Acar Kedondong

Acar Kedondong Muda
Bahan-bahan ; -150 gram buah kedondong muda muda (dipotong serdehana)
-3 sudu makan cili kisar -setengah camca serbuk kulit kayu manis & serbuk kari -2 sudu makan air putih -1 sudu makan minyak masak -Sedikit garam & gula Cara-cara: -panaskan minyak -masukkan cili kisar & kacau hingga naik bau -masukkan air (pastikan tidak terlalu kering & lembap) -masukkan serbuk kulit kayu manis & kari -gaulkan rata & pastikan serbuk tidak berketul -masukkan gula ,garam & kedondong & gaul -biarkan reneh 3 minit & tutup api

Smoothie yogurt berry

Smoothie yogurt berry Bahan-bahan: -1 biji pisang (dipotong serdehana) -1/2 cawan yogurt berries -100 ml susu perisa strawberry -sedikit coklat parut Cara-cara : -masukkan kesemua bahan dalam blender (kecuali coklat parut) -kisar lumat & tuang ke dalam gelas -letakkan parutan coklat diatas & siap dihidang.

Smoothie Pisang

Smoothie Pisang
Bahan-bahan: -2 biji pisang (dipotong serdehana) -255 ml susu segar perisa coklat -50 ml air putih -2 titik madu Cara-cara : -masukkan kesemua bahan dalam blender -kisar lumat & tuang ke dalam gelas -siap dihidang.

Wednesday, 3 October 2012

Apple Kasturi Asam Merah & Grill Sandwich Serunding

Apple Kasturi Asam Merah & Grill Sandwich Serunding
Tadi masa kemas-kemas dapur ader terjumpe baki appale sebiji ,sedikit serunding (baki dari buat roti floss) serta cheese cheddar (baki buat snow cheese cake) sayang kalau dibiarkan & fikir punyer fikir dapat idea untuk buat resepi seperti di bawah. Apple Kasturi Asam Merah
Bahan-bahan: -sebiji epal hijau -1 & ½ cawan air (air masak) -sebelah limau kasturi (diperah ambik air perahan nyer) -sebiji asam merah (asam kecut) Cara-cara: -potong halus apple (buang biji & bahagian tengah yang keras) -blender bersama air,asam & perahan air limau kasturi (kalau nak pakai juice maker pun boleh tapi kalau pakai juice maker hampas dia lagi kasar) -tapis kan & tuang ke dalam gelas & siap diminum.
Grill Sandwich Serunding Bahan-bahan: -2 kepinng roti yang disapu butter -sedikit serunding ayam -sedikit parutan cheese cheddar -sedikit hirisan timun
Cara-Cara; -ambik roti yang telah disapu buter tadi -letakkan serunding & cheese cheddar - lipatkan 2 & letak ke dalam sandwich maker & pilih mode grill
-kerat 2 bila dah masak & masukkan timun-siap dihidang. (tidak boleh grill b’sama timun nanti timun cair)

Stew Ayam

Stew Ayam
Stew Ayam Bahan-bahan: -6 ketul ayam (digaul dengan sedikit garam & serbuk lada hitam simpan dlam peti sejuk semalam 15 minit)
-1 biji kentang (dipotong & digoreng dahulu) -1 sudu makan butter 1 sudu minyak masak -1 biji tomato (dipotong empat) -2 & ½ sudu makan sos tomato -1 biji bawang merah (dimayang halus) -1 & ½ sudu makan kicap manis -setengah camca serbuk jintan manis -setengah camca serbuk ketumbar -2 keping cendawan -sedikit air Cara-cara -goreng ayam separa masak & angkat (ketepikan) -panaskan butter -masukkan ayam & minyak masak -kacau sebati -masukkan bawang & biler dah naik bau -masukkan sedikit air & serbuk jintan manis serta serbuk ketumbar -kacau rata & masukkan sos tomato & kicap -kacau rata (pastikan serbuk tadi x berketul & air tidak terlalu kering) -masukkan kentang , cendawan & tomato -biarkan 3 minit & kemudian tutup api

Muffin Chese

Muffin Cheese
Bahan-bahan: -50 gram (sepotong butter klu refer kat sebuku butter ader angka 50 disetiap potongan 50 gram-potong & ketepikan) -1/4 cawan gula kaster -1 cawan tepung gandum diayak b'sama sedikit serbuk penaik ,sedikit soda bikarbonat & sedikit garam (ayak & ketepikan) -125 gram cream cheese (pada suhu bilik) -65 ml susu segar (fresh milk) -1 biji telur -2 titik essen vanilla -sedikit coklat chips
Cara-cara: -putar butter & gula kaster sehingga seperti berkrim -masukkan cream cheese & putar sebati -masukkan telur & essen vanilla & putar -masukkan tepung & putar -masukkan susu segar & pukul sebati -gaul kan adunan dengan coklat chips -simpan sedikit unuk di letak atas muffin -masukkan ke dalam cawan kertas & letakkan baki coklat chips diatas muffin -bakar pada suhu 170 selama 25 minit.

Monday, 1 October 2012

Telur Puyuh Berlado

Telur Puyuh Berlado
Bahan-bahan: -15 biji telur puruh (direbus & dibuang kulit-ketepikan) lada kering 7 tangkai,1 biji bawang besar,2 biji bawang merah ,3 ulas bawang putih & 2 cm halia (dikisar halus-ketepikan) -setengah camca teh serbuk kari -2 sudu makan udang kering (dikisar halus terlebih dahulu ketepikan) -sehelai daun limau purut -2 sudu air (perahan) asam jawa) -sedikit minyak masak,garam & gula -setengah cawan air Cara-cara
-goreng telur puyuh (seperti nampak warna perang) -angkat & ketepikan -masukkan bahan yang telah dikisar & tumis sehingga naik bau
-masukkan udang kering ,daun limau purut & air asam jawa ,rempah kari & air -kacau rata & masukkan gula + garam & telur puyuh tadi - kacau rata & biarkan reneh selama 3 minit & tutup api