Saturday 29 September 2012

Mango Cake

Mango Cake
Dua hari lepas beli mangga muda & amboi 4 slice nak dekat RM 5.00.Kalau kat umah emak & kampung saya ,boleh makan mangga free sampai pengsan jangan makan pokok sudah-Jadi terbit idea nak buat kek mangga kasi warna hijau sikit & memory pelam muda.
-150 gram tepung gandum (tambah kan sedikit dengan serbuk penaik & ayakkan –ketepikan) -100 gram butter -100 gram gula halus -2 titik esen vanilla -40 ml susu segar (fresh milk) -1 camca perasa mango -2 titik pewarna hijau- -2 biji telur -50 gram dry mango (dihiris halus)
Cara-cara putar butter & gula halus sehingga berkrim -masukkan telur & essen vanilla -putar sebati & masukkan tepung sedikit demi sedikit -putar sehingga adunan nampak seperti kental -masukkan fresh milk & putar sebati -masukkan pewarna & dry mango -gaul rata & masukkan ke dalam Loyang -taburkan sedikit dry mango di atas kek -bakar pada suhu 180 darjah selama 35 minit

Stew Daging

Stew Daging
Bahan-bahan:
-170 gram daging lembu (direbus terlebih dahulu) -1 biji kentang (dipotong & digoreng dahulu) -1 sudu makan butter 1 sudu minyak masak -1 biji tomato (dipotong empat) -2 sudu makan sos tomato -1 biji bawang merah (dimayang halus) -1 sudu makan kicap manis -setengah camca serbuk kulit kayu manis -setengah camca serbuk ketumbar -2 keping cendawan -sedikit air
Cara-cara -panaskan butter -masukkan daging (yang telah direbus tadi) -kacau sebati & masukkan minyak masak -masukkan bawang & biler dah naik bau -masukkan sedikit air & serbuk kayu manis serta serbuk ketumbar -kacau rata & masukkan sos tomato & kicap -kacau rata (pastikan serbuk tadi x berketul & air tidak terlalu kering) -masukkan kentang , cendawan & tomato -biarkan 3 minit & kemudian tutup api.

Friday 28 September 2012

Strawberry Dragon Punch

Strawberry Dragon Punch
Resepi Bahan-Bahan -2 biji buah dragon fruits (dipotong dadu)
-225 ml susu segar perisa strawberry -25 ml susu pekat -150 ml air soda -4 kiub ais batu Cara-Cara -satukan susu pekat & air soda (kacau sebatikan ketepikan) -masukkan buah dragon,susu segar ,bancuhan (susu + soda) & kuib ais -blender hingga larut -tuang ke dalam gelas & siap dihidang.

Thursday 27 September 2012

Scone

Scone Resepi Scone -1 cawan tepung gandum,1 sudu teh baking powder,sedikit garam,1 biji telur,100 gm mentega,100ml fresh milk & sedikit krismis Cara-cara -ayakkan tepung,baking power,garam & gaulkan sebati -ramaskan mentega -pastikan mentega td pd suhu bilik & campurkan bersama adunan tepung tadi bersama telur -gaul sehingga sebati campur dgn fresh milk (hati2 klu terlebih fresh milk ia akan lembik) - tambahkan kismis & bentuk bulat -letak sedikit putih telur bersama fresh milk pd permukaan -bakar pada suhu 160 dlm masa 15 minit.

Kek Lapis Cadbury

(Maaf tak sempat snap masa awal tadi & ni dah potong kuib untuk anak-anak makan) Rasa tekak macam nak makan kek lapis tapi bila double check ader baki coklat cadbury maka terhasil kek lapis cadbury .Resepi yang mudah untuk dikongsi. Kek Lapis Cadbury Bahan-bahan -450 gram butter (suhu bilik) -8 biji telur -180 tepung gandum (di ayak & ketepikan) -1/4 cawan susu pekat -90 gram gula halus -1/3 kaya -140 gram horlicks -60 gram serbuk santan -24 keping coklat cadbury -2 titik pewarna kuning -setengah camca serbuk vanilla
Cara-cara -putar butter sehingga lembut -masukkan gula -putar sehingga berkrim (pekat) -masukkan telur sebiji demi sebiji putar -masukkan kaya,susu,tepung,serbuk vanilla -putar dengan kelajuan serdehana -pastikakn adunan sebati serta tidak berketul-ketul -tambahkan pewarna & putar sehingga kelihatan kuning -panaskan oven 10 minit dengan suhu 170 darjah -masukkan adunan dalm piping bag -leserkan loyang (saya guna loyang 15 cm X 15 cm) -paipkan ke dalam loyang -bakar selama 7 minit (api atas & bawah) -kemudian keluarkan -paipkan lagi (di bahagian atas tadi) -guna api atas sahaja (semasa proses melapis) selama 7 minit -ulangi proses tadi sebanyak 3 kali -kali yang ketiga selepas keluar dari oven -susunkan coklat cadbury sebanyak 8 keping -paipkan lagi & bakar -ulangi proses berkenann sehingga selesai melapis. (guna piping bag lagi selamat sebab kita tidak akan terlanggar loyang yang sedang panas)

Buffect & Fountain Chocolate Dari Dapur Molek

Dapur Molek-juga menawarkan Buffet Chocolate & Fountain b'serta fresh fruit (appple,pisang ,apricot,kiwi & strawberry,kurma) m'mellow,breadstick,CC,mini cake cake slice & handmade coklat-harga bermula dari RM 300-tema mengikut customer

Udang & Kentang Aneka Goreng

Masakan ini senang dimasak bagi anak-anak semua & saya dapat idea semasa berbual dengan seorang teman yang sibuk buat persiapan untuk anaknya masuk ke universiti. Udang & Kentang Aneka Goreng Resepi -200 gram udang -2 biji kentang (dihiris & digoreng terlebih dahulu & ketepikan) -sebungkus son hoon kecil -1 keping tahu kering (di gunting ) -1 sudu makan udang pepai -2 sudu makan sos tiram -1 sudu makan kicap manis -sebiji lada hijau (dipotong halus) -sebiji bawang merah (size s juga dipotong halus) -sedikit garam,minyak & air Cara-cara -panaskan minyak & masukkan bawang merah -bila dah naik bau -masukan air tambah soo hoon & tahu kering -bila tahu kering & dan soon hoon kelihatan seperti dah layu -masuk udang & masukkan sos tiram & kacau -biarkan 3 minit & tambah garam & kicap masukkan udang pepai,kentang & lada hijau kacau sebati & bila dah naik bau tutup api.

Wednesday 26 September 2012

Agar-Agar Jelly Mangga

Sudah lama saya tidak masukkan resepi sejak sebelum Ramadhan lagi.Kesibukkan menguruskan anak-anak yang masih kecil serta menyiapkan tempahan pelanggan budiman menyebabkan blog ni suram entry sikit.Dalam masa menghadiri rumah terbuka ada teman-teman sudi memberi goodies kepada anak-anak salah satu jelly mangga dari anak-anak tak cuit saya dapat ilham untuk membuat agar-agar mangga dan ini lah resepi nya.Selamat Mencuba. Agar-Agar Jelly Mangga Resepi -2 cawan agar-agar tali -3 cawan air -1 & 1/3 cawan susu cair -1 cawan gula halus -2 susu makan juice mangga -1 camca perasa mangga -2 titik pewarna kuning -3 cawan jelly mangga -seperti dalam gambar (dipotong dadu)
Cara-cara -masakkan agar-agar tali bersama air (api serdehana) -bila agar dah larut dalam air tambah gula -bilar gula dah larut dalam air tambah kan susu cair -kacau pastikan tidak melimpah -masukkan perasa,juice mangga & pewarna -kacau sebati & biler nampak seperti berbuih tutup api -sejukkan sebentar & tuang ke dalam acu masukkan hirisan jelly tadi -simpan dalam peti sejuk.