Monday 31 October 2011

Resepi Dari Kek Shiffon

Tadi pergi hypermarket tengok diaorang jaul shiffon kek RM 4.00 jadi timbul idea nak buat resepi dari kek shiffon untuk anak-anak.Jom kiter lihat.


1.chiffon ice cream
-potong dua chiffon kek,kemudian letak ice-cream-simpan dalam tempat sejukbeku dlm 5 minit-kelurakan sedia dihidang.
-utk topping pun mudah-1 sudu makan milo,setengah camca serbuk koko,satu camca susu manis,bancuhkan serbuk koko denagn sedikit air panas (pastikan larut),kemudian tambah sedikit milo milo & susu,kacau (kalau nak manis tambah susu lagi)-boleh terus diletak atas kek tadi.


2.simply tiramisu
potong shiffon kek kepada 3 bahagian,yg bawah rendam dgn nescafe (nescafe bancuh dgn air panas-sikit sahaja ya-takut pahit-simpan dlm peti sejuk jap),mesin,2 sudu makan whipping cream ,1 sudu makan cream cheese ,2 camca gula (klu nak buat untuk kuatiti banyak boleh guna 200ml whipping cream (selalu jual dlm kotak 200ml) 150ml cream chesse,setgh cawan gula)-mesin hingga nampak sprt krim (pastikan gula larut klu nak manis blh tambah gula lg)-sapu cream cheesa td pd lapisan tgh & atas sprt gambar (klu suke blh deco dikeliling kek,taburkan serbuk koko di atas kek)-simpan dlm peti sejuk-sedia untuk dimakan.

(maaf visual kurang jelas snap daalm peti sejuk & abaikan kek sebelah tu ,tu untuk anak yang kecik_Rafael)

Saturday 29 October 2011

Shepard Pie


Shepard Pie
Shepard Pie (sebelum masuk dlm oven)
bahan-bahan:
-2 biji kentang besar (america large potato)
-200 ml Mushroom Instant Soup
-250 gram ayam
-1 sudu makan tomata puri (boleh ganti dgn tomato)
-1 camca tepung jagung
-1 camca lada putih
-sedikit butter
-sedikit serbuk kulit kayu manis (pilihan)
-sedikit minyak zaiton
-sedikit cendawan segar (pilihan)
-sedikit daun bay & thyme (pilihan)
Cara-cara-
-kupas kentang-potong dadu-rebus sampai empuk
-biler sudah empuk,keluarkankan air rebusan tadi (simpan air rebusan dlm bekas lain)
-hancurkan kentang bersama butter,lada putih & minyak zaiton-ketepikan
-bacuh instant soup dgn air diatas api yg serdehana,kacau, (pastikan tidak berketul)
-masukkan ayam (yg telah dipotong kecil-kecil).kacau, letakkan air rebusan kentang tadi,kacau,
-masukkan cendawan,daun bay & thyme,tepung jagung,kacau ,masukkan tomato puri,kacau hingga masak.
-bila adunan ayam td sejuk,letak dlm bekas & letak kentang td dibahagian atas,taburkan sedit serbuk kulit kayu manis.bakar,pd suhu 180 selama 15 minit.
(Boleh letak cheese diatas klu mahu & enak dimakan semasa panas)

Thursday 27 October 2011

Tips Untuk Buat Serbuk Roti


biler makan roti bakar-kita potong kulit yg tepi-tepi tu tetapi jgn dibuang potong kecik-kecik blender halus & boleh dijadikan serbuk roti boleh digunakan untuk buat ayam berserbuk roti.Ayam dicelup dgn telur kemudian dicelup dengan tepung & dicelup dengan serbuk roti & goreng-sedap juga.

Tau Foo Molek


Tau Foo Molek
(mudah sajer)
cara2-panaskan minyak,letak hirisan halia & bawang putih,kemudian letak sos tiram,kacaukan,letak tahu jepun (seblm tu tahu jepun digoreng)



-letak sedikit air (klu nak tambah udang@ cendawan pun blh jg)-titiskan sedikit cuka,tambah air tepung jagung (tepung jagung dibancuh sedikit dgn air sejuk




-pastikan x berketul)-klu suka blh tambah garam,pecahkan sebiji telur.-blh jg letak daun bawang klu suke.
nota-hidangan ini selalu dihidangkan panas2 atas dulang calypot.

Petua Untuk Minyak Masak


minyak masak yang telah digunakan sekali (mungkin untuk goreng telur selalu boleh digunakan semula) setelah disimpan dalam bekas mungkin ader bau,untuk mengurangkan bau tersebut hanya letakkan sebatang serai dalam bekas terbabit & minyak itu boleh digunakan semula (x baik membazir)

Ayam Stew

Ayam Stew
Bahan-bahan:
-200 gram ayam (dipotong kecil )
-3 sudu makan sos tiram
-2 cm halia & sebiji bawang merah (dipotong halus)
-sedikit carrot,cendawan,lada benggala & jintan putih
-sedikit air & minyak masak
-2 sudu makan tepung jagaung

Cara-cara
-sapu ayam dengan tepung jagung (pastikan semua ayam kena tepung jagung)
-panaskan api,masukkan ayam biler dah separa masak (dlm 3 minit)
-masukkan halia & bawang biler naik bau bau ,masukkan sedikit air
-masukkan sos tiram kacau (pastikan sos tiram larut dlm air klu x berketul)
-masukkan sedikit jintan putih kacau bagi rata
-masukkan cendawan,carrot,lada benggala biarkan 3 minit tutup api.

Wednesday 26 October 2011

Petua Sayur Tahan Lama


kadang-kadang biler kiter simpan sayur dlm petik sejuk sayur akan jadi kering,untuk mengelakkan dari kering balut sayur dalam suratkhabar basahkan dgn air (blh guna spray mcm kiter guna untuk gosok baju) balut kemas simpan dlm plastik simpan dlm peti sejuk (letak kat bahagain sayur ya)

Muffin Coklat Chips



Bahan-bahan (senang jeh x pyh guna mesin)
Bahan A
-1 cawan tepung gandum
-sedikit soda bikarbonat , serbuk penaik & garam
-1/3 serbuk koko
KESEMUA BAHAN DIATAS DISATUKAN & AYAK
-1/4 cawan gula pasir*
-1/4 cawan gula perang *
-3 sudu makan butter*
KESEMUA BAHAN BERTANDA * DIGAUL DENGAN BAHAN YANG TELAH DIAYAK (GAUL PAKAI TANGAN PUN BOLEH ASALKAN ADUNAN TEPUNG TADI JADI SEPERT BERPASIR-KETEPIKAN

Bahan B
-1 cawan kecil yogurt (140 g-perisa asli)
-1/3 cawan fresh milk (perisa asli)
-1 biji telur
-sedikit essen vanilla
-SATUKAN BAHAN B PUKUL SEBATI (PAKAI PEMUKUL TELUR YG MCM BIASA PUN BOLEH-mcm dlm gambar diatas)
Bahan C
-1/2 cawan coklat chips
Cara-cara:
-satukan bahan A & bahan B-(gaul mesra) masukan coklat chips (tinggalkan sedikit)-jangan gaul lamer sangat.
-masukkan dlm paper cup ,separuh jeh ya, bubuh coklat chip yang lebih diatas
-bakar selama 25 minit dgn suhu 180.

Tuesday 25 October 2011

Tips Dari Kepala Udang

biler kopek udang,kepala udang jgn buang-rebus dlm 3-4 minit (dgn sikit air) untuk dijadikan air stok udang-klu maser nak masak cth nyer nak goreng nasi @ mee ke ,buat sambal ke ,nak buat gulai ke letak sikit air stok udang

Petua Cili Padi Tahan Lama

kadang-kadang cili padi yg kita simpan dalam peti sejuk menjadi kering & kecut.Bagi memastikkan cili padi dalam keadaan baik kita buang tangkai nya simpan dalam bekas yang tertutup di dalam peti sejuk.

Coklat Promosi

Sempena cuti sekolah-dark coklat & milk coklat-30 pcs -RM 23


Sempena cuti sekolah-dark coklat & milk coklat-30 pcs -RM 23

Monday 24 October 2011

Nasi Ulam

Di dalam malaysia semua negeri ader nasi ulam tetapi kandungan ulam dalam nasi semakin berkurangan kerana faktor sukar mendapatkan ulam.Dahulu nasi ulam dihidang bersama ayam bakar atau ayam panggang.
Bahan-bahan
-1 mangkuk nasi putih
-2 sudu makan sambal (kalau ikut resepi asal pakai sambal belacan tapi saya pakai sambal goreng)
-150 gram ayam goreng yg dipotong halus (klu nak ikan blh juga ,kebetulan goreng ayam utk anak ader lebih saya ambil)
-sedikit ikan masin kurau juga dipotong halus
-sebatang serai,bungan kantan, (dipotong halus)
-4 helai daun kesom,1 sehelai daun limau purut @ limau kasturi dipotong halus


-200 gram ulam pegaga & ulam raja.
-100 gram kerisik
-50 gram udang kering (yg dikisar halus)
-sebiji limau kasturi

Cara-cara
-gaulan kan nasi dengan dengan sambal,kerisik,udang kering & serta ulam


-masukkan ayam goreng & ikan masin serta perah limau kasturi gaul sebati-siap dihidang.

Butter Scotch Sauce



-try buat jadi pulak (tgk encik suami suke mkn butter scotch gardenia)
cara-cara;panaskan butter,kemudian tambah brown sugar lps dah sebati tambah whip cream @ susu cair-utk pilihan,saya titiskan 2 titis cuka klu x der titis lemon pun blh klu nak letak esen vanila pun blh-butter scotch sauce ni blh letak atas roti,kek & ice cream-anak2 mesti suke.

Raser nya kat chiffon mudah didapati serendah RM5 di hypermarket & mudah kan.

Classic Coklat Kek

Classic Coklat Kek




Bahan-bahan

200 gram butter,2 cawan tepung gandum,satu cawan gula perang,satu cawan gula kastor (blh ganti dgn gula pasir),2 biji telur,2 cawan fresh milk perisa coklat, 2 camca soda bikarbonat ,2 camca baking powder,setengah cawan serbuk koko, 1 camca serbuk kopi (dibancuh dgn sedikit air panas) sedikit esen vanila.
-satukan tepung gandum,serbuk koko.soda bikarbonat,baking powder ,ayakkan,ketepikan dulu,pukul butter sehingga kembang,masukkan telur,pukul sebati,masukkan esen vanila,pukul sebati,masuk brown sugar & gula kastor,pukul sebati,letak campuran tepung (yg telah diayak tadi),pukul sebati,masukkan fresh milk,pukul sebati,kemudian masukkan bancuhan serbuk kopi,pukul sebati.
-masukkan dlm loyang (pastikan telah disapu dgn sedikit butter agar kek x melekat)-bakar dgn suhu 180 selama 60 minit.
untuk topping-(bila kek sudah masak blh letak atas kek @ hiasan)-ini pilihan
-dgn m'gunakan kaedah double boiler,cairkan coklat masakan,letak sedikit butter,kacau ,letak sedikit fresh milk perisa coklat yg telah dibancuh dgn 1 camca kecil tepung jagung,kacau,sejukkan-boleh diletak diatas kek tadi-klu suka boleh letak coklat rice (seperti dlm gambar)

Puding Jagung




-1 paket agar-agar
-1 tin susu cair (saya pakai jenama Ideal)
-1 cawan gula pasir
-sedikit jagung manis ( mcm yg kat dlm ABC tu)
-1 camca tepung jagung (yg dibancuh dgn sedikit air-pastikan tidak b'ketul)
Cara-cara :
-didihkan agar-agar hingga masak dgn api medium (nanti agar -agar tu larut & berwarna jernih)
-masukkan gula ,kacau hingga larut,masukkan susu cair,kacau,masukkan air bacuhan tepung jagung (pastikan guna api medium ya),kacau,masukkan jagung manis kacau sebati,sejukkan sekejap masukkan dlm loyang & simpan

Sunday 23 October 2011

Ikan Asam Nyonya


bahan-bahan:
-12 btg lada kering*
-1 sudu makan udang kering*
-3 ulas bawang putih*
-3 biji bawang merah (saiz medium)*
-2 biji buah keras*
-2 cm kunyit & halia*
-1 biji tomato*
-1 batang serai (potong sedikit ambik bahagian bawah)*
-1 batang bunga kantan (potong sedikit ambik bahagian atas)*
kisar semua bahan ini.*
sepotong ikan merah
-sedikit sayur kacang benday (lady finger) & nenas
-2 keping asam keping
100ml air dididihkan dgn asam keping tadi,masukkan -sedikit hirisan halia,lebihan serai & bunga kantan tadi (diketuk)-renehkan sekejap kemudian masukkan ikan (jgn lama sgt takut ikan overcook sbb kita ingin rasa sedikit stok ikan)-keluarkan ikan tadi-simpan air reneh tersebut.
-panaskan kuali dgn sedikit minyak-tumis bahan kisar,masukkan air reneh tadi,tumis,masukkan ikan & daun kesom,biler dah mendidih masukkan sayur & nenas & tutup api.

Pajeri Mempelam

Pajeri Mempelam


(ni signature dish emak saya memang best)-
(ni ya resepi nya dr Puan Noraini Muhammad a.k.a che nor)
Bahan-bahan :
-4 biji mempelam
-satu pekat rempah daging (mak ckp "ala yg 60 sen jeh")
-santan pekat (dr separuh kelapa)
-sedikit lada kisar (yg mengandungi lada kering,bawang putih,merah & sedikit kunyit)
-kerisik kelapa
sedikit gula & garam
Cara-cara:
-kupas kulit mempelam (rendam dlm air garam dlm 3 minit)
-tumiskan rempah,kacau,letak lada kisar,kacau,letak kerisik & santan,letakkan sedikit gula & garam,kacau letak mempelam bila dah nampak naik minyak,blh tutup api.

Friday 21 October 2011

Cream Cheese Tart

Tart ni kegemaran anak-anak,senang untuk disediakan.Mari kita lihat bersama.


Cream Cheese Tart
Bahan-bahan (bahan A)
-1/4 gula pasir (dikisar)
-1/3 butter
-1 cawan tepung gandum
-sebiji kuning telur
-sedikit fresh milk
Cara-cara:
-gaulkan butter dgn tepung,letakkan gula,gaul,letak kuning telur,gaul (pakai tangan lg senang)sehingga berderai (mcm berpasir) & letak sedikit fresh mlik (jgn byk sgt nanti doh jd lembik)
-letak dlm bekas (saya guna egg mould 8 cm)
-bakar pd suhu 180 minit dr 20-25 minit.
Bahan-Bahan : (Bahan B)
-150 gram cream cheese
-1 sudu makan butter
-2 sudu makan gula castor
-1 biji telur
-sedikit coklat chip
Cara-cara:
-putar cream cheese sehingga kembang,masukkan butter & gula ,putar,masukkan telur & putar sehingga sebati.
-letakkan pd bahagian atas (Bahan A yg telah siap dibakar tadi)-masukkan sedikit coklat chip .
-bakar dgn suhu 180 selama 15 minit
nota:terpulang pada citarasa anda utk bahan A tadi (saya letak agar byk bahan A sbb anak2 suka crispy & klu ingin m'buat saiz yg lbh kecil -turunkan suhu & masa)

Kek Kurma Madu

Musim raya dah habis tapi bila check balik ader kurma sekotak dalam kabinet dari tersimpan saya buat kek.Jom kongsi.

Bahan-bahan:_
-1 cawan tepung gandum + 1 sudu kecil serbuk penaik (diayak bersama ketepikan dahulu)
-1 cawan + setengah cawan kurma madu (blh kurangkan klu mahu)
-4 biji telur
-1 cawan gula halus
-1 sudu kecik soda bikarbonat
-120 gm butter
-sedikit coklat rice & vanilla powder
Cara-cara :-
-kurma madu dipotong kecil (dibuang bijik) & didihkan dgn sedikit air (api medium) + soda bikarbonat (pastikan ia menjadi puree)-angkat-sejukkan sebentar
-pukul gula pasir & butter sehingg kembang
-masukkan telur sebiji demi sebiji (JANGAN masuk sekaligus ya -tidak baik utk "air flow"
-masukkan kurma & vanilla powder
-masukkan tepung (sedikit demi sedikit)
-biler adunan dan sebati,boleh bubuh dlm loyang (pastikan dah leser dgn sedikit butter)-taburkan sedikit coklat rice diatas (pilihan)
-bakar selama 45 minit dgn suhu 180 darjah.

Jemput Makan Kek Kuram Madu

Serunding Kelapa

alhamdulilah-menjadi juga serunding (dah lebih 4 tahun tak buat serunding kelapa)
sebij kelapa parut,(ambil sedikit & perahkan untuk mendapatkan sedikit santan)
20 tangkai cili kering,5 biji bawang merah,2 cm halia,2 cm kunyit jintan manis,jintan putih & sedikit serai (yg dipotong2 halus)-semua bahan ni dikisar halus bersama santan tadi (untuk mendapat serunding kelapa yg tahan lama tidak digalakkan dikisar bersama air)
-tumis bahan yg telah dikisar hingga naik bau,kemudian masukkan kelapa parut,kacau sehingga mesra dgn api yg sederhana .

Ayam Goreng Kunyit & Ayam Paprik




1.Ayam Goreng Kunyit-potong ayam,perapkan dgn 1 sudu makan sos tiram,1 camca serbuk kunyit & sedikit garam,panaskan minyak,masukkan ayam tadi,kacau dgn api medium,letakkan bawang,carrot (blh jg tambah kobis bunga@sayur jagung),kacau rata & angkat setelah bawang layu & ayam kekuningan.
2.Ayam Paprik-200 gram ayam (yg telah dipotong),2 susu mkn cili kisar,1 sudu makan sos tiram,1 sudu makan kicap pekat,1 camca tepung jagung (yg dibancuh dgn sedikit air)sedikit air ,gula & garam,carrot.
-panasakan minyak,tumiskan cili td,letakkan bawang,kacau.letak sos tiram ,kacau ,letakkan sedikit air ,garam & ayam,kacau,letak kicap pekat & gula (dgn api medium),letak carrot (klu ader daun limau purut lg best,blh tambah kacang panjang@kobis bunga jg)-kacau masukkan air bancuhan tepung jagung,biar sekejap hingga pekat.

Nota:ayam goreng kunyit ni sesuai utk anak2 & ayam paprik ni utk mak anak (saya lah tu-he3x)

Red Velvet Cup Cake

Mr Hubby tak berapa sihat ,kena flu,berhajat nak makan Red Velvet Cup Cake dengan hot drink jadi tunailah permintaan nyer.

-2 cawan tepung naik sendiri
-1 & 1/3 cawan gula icing
-1/3 cawan serbuk koko
SEMUA DISATUKAN + DIAYAK + KETEPIKAN

-3 biji telur
-1/2 cawan butter
-1/2 cawan fresh milk (perisa asli)
-1 cup yogurt (perisa berries mcm dlm gambar )
-1sudu makan pewarna merah
-sedikit vanilla powder & cream of tartar

-pukul butter hingga kembang + masukkan telur sebiji demi sebiji + putar + masukkan vanilla powder & cream of tartar + putar + masukkan tepung -sedikit demi sedikit (yg telah diayak td) + putar + pewarna merah + fresh milk & yogurt + putar sebati.
-masukkan dlm acuan cup cake (jgn penuh setgh jeh)-bakar 170 selama 20 minit.

Nota-resepi ini m'gunakn bahan yg mudah & murah-klu sapa yg nak raser original lagi (original red velvet)-blh guna butter milk & apple vinegar-tp selalu nyer chef pastry m'gunakan sedikit RUM (alcohol -non halal ya)-ni kat euro lah -kiter org melayu raser nyer x buat benda2 mcm ni.



 Bahan-Bahan Utk Topping
-200 gram cream cheese
-1/2 cawan butter & icing sugar
-1 camca golden syrup & orange juice (blh ganti dgn bhn citrus lain jg sprt lemon @ limau kasturi etc)
-sedikit coklat rice (pilihan)
Cara-cara
-putar semua bahan sampai kembang & masuk dlm piping bag-hias diatas-ikut suka- tabur coklat rice diatas -masuk dlm peti sejuk-nak makan ambik.






taraaa-dah siap pun red velvet cup cake.

Pael cakap-"mama lebih jangan buang adik akan (makan)".


Pael-orang pertama yang makan-yepeeee-

Kisah Beg Hijau

Beg  Hijau ni banyak berjasa kepada saya,beg ini beg yang mahal kekononnya yang pertama dibeli.Tak silap beli tahun 1998 dengan harga 3 angka ialah zaman tu zaman student kat IPTS kira  handal lah beli sendiri  pakai duit kerja part time ,susun roti ,bungkus kek,tutup kedai ,bersih kedai & kira duit.Dulu setelah  habis kuliah terus kerja kat bakery kek depan Plaza Pelangi sekarang kedai tu dah pindah  ganti dengan kedai mamak.Beg ini lah banyak buat jasa ,bawak gi kuliah , gi temuduga,bawak gi kerja ,bawak gi jalan-jalan & bawak gi dating,oopppsss dan yang penting simpan susu serta pampers anak-anak.Tahun ni 2011,beg ni  masih lagi elok  sayang pulak tengok tersimpan dalam alamri jeh.Saya sayang beg hijau pertama saya.

Minggu lepas ternampak skaf kat kedai RM5,ingat nak beli tapi anak-anak meragam pulak.Alhamdulilah,dapat beli hari ini.


Nampak elok pulak,selepas diikat dengan skaf ialah seperti sunnah Rasullah SAW berserdehana lah pada setiap perkara .Insyallah

Pineapple + Oreo Suffle

Hari ini taman molek hujan lebat,anak-anak nak makan desert jadi buat untuk  dia orang, desert  yang mudah & senang.Jom kita kongsi bersama.



Bahan-bahan:
-satu kotak whipping cream ( 200 ml)
-3 sudu makan brown sugar
-4 keping biskut oreo & 3 batang  coklat love letter (biskut belanda)
-sedikit nenas (dalam tin)
-sedikit coklat rice ,serbuk hot coklat & milo


Cara-cara:
-pukul whipping cream dengan brown sugar

-pukul sehingga adunan menjadi pekat


-letak sedikit adunan dalam bekas simpan dalam peti sejuk 5 mini (nak lamer boleh juga)
-keluarkan letak dalam bekas susun nenas dibahagian atas
 -letakkan sedikit adunan diatas nenas & ratakan
 -patah-patahkan biskut oreo letak diatas


-letak lebihan adunan tadi diatas oreo & rata kan


-patahkan love letter,tabur diatas dengan serbuk hot coklat, milo & coklat rice (simpan dalam peti sejuk keluarkan bila hendak dimakan)




Pineapple + Oreo Suffle